PANDUAN: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2611/3 PENDIDIKAN SENI VISUALPANDUAN

on Khamis, 19 Februari 2009

FEBRUARI HINGGA JULAIBuku panduan ini disediakan untuk memberi maklumat yang terperinci kepada guru dalam mengendalikan pelaksanaan Kerja Kursus Kajian Rekaan Seni Visual (KRSV) bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pendidikan Seni Visual (PSV) adalah mata pelajaran elektif dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).Setiap calon yang mendaftar mata pelajaran PSV peringkat SPM wajib menduduki 3 kertas iaitu Kertas 1(2611/1):Teori Seni, Kertas 2 (2611/2): Seni Halus dan Kertas 3 (2611/3): Kerja Kursus Kajian Rekaan Seni Visual. Proses penilaian akan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran dan guru pembimbing secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah.Penilaian adalah berdasarkan proses menghasilkan produk meliputi portfolio dan penghasilan artifak. Pengukuran dan penskoran dilakukan berdasarkan aspek dan kriteria yang telah ditetapkan bagi menentukan gred dan keselarasan penilaian. Pelaksanaan dan penilaian kerja kursus ini dijalankan dari Februari hingga Julai pada tahun semasa.

0 ulasan: