soalan-soalan Percubaan 2007

on Jumaat, 9 November 2007

1. MRSM
(Dwiklik pada no 1 dan 2 untuk mendapatkan soalan)
Pendidikan Seni Visual (PSV) - 1, 2
selamat menjawab...
PSV MRSM Kertas 2
Seni HalusJawab
satu soalan sahaja
1. Di tepi sungai terdapat sebuah rumah yang usang. Kelihatan tumbuhantumbuhanmenjalar memanjati dinding rumah usang itu. Gambarkan suasanayang ngeri dan sepi itu.
2. Di tempat letak kereta, kelihatan seorang pemuda sedang mencuci sebuah keretayang berwarna merah. Di tangannya memegang sehelai kain buruk. Di tepikereta itu terdapat beberapa peralatan mencuci termasuk getah pemancut air.Gambarkan suasana tersebut.
3. Pemandangan di sebuah padang ragut yang dipenuhi dengan lalang dan pohonpohonkayu. Kelihatan beberapa ekor lembu sedang meragut rumput.Gambarkan keadaan ini.
4. Di dalam sebuah kedai dobi, kelihatan seorang wanita sedang memasukkanbeberapa helai baju kotornya ke dalam mesin basuh. Di sebelahnya, terdapatbeberapa buah mesin basuh. Di atas salah sebuah mesin basuh tersebut kelihatansebuah bakul kain kosong berwarna merah. Gambarkan keadaan ini.
5. Gambarkan satu lokasi pusat pembuangan sampah yang dipenuhi dengansampah sarap seperti serpihan kayu buruk, tayar lama, bungkusan sampah, sisamakanan dan lain-lain. Terdapat beberapa tunggul kayu berhampiran dengantempat pembuangan sampah tersebut. Lukiskan gambaran ini.
6. Di sebuah hutan yang ganjil terdapat pokok-pokok aneh tumbuh melata melilitantara satu sama lain. Kelihatan beberapa ekor burung ganjil berterbanganmengelilingi celah-celah pohon tersebut. Gambarkan keadaan ini.

0 ulasan: